CCTV ‘Rider’ cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing

‘Rider’ cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing

PETALING JAYA – Gara-gara dikejar anjing sewaktu menghantar makanan, seorang ‘rider’ cedera selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar pagar sebuah rumah, petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian malang itu berjaya dirakam sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit sebelum ia tular di laman Facebook Malaysian Crime Watch.

 

Berdasarkan klip video berdurasi 19 saat itu, motosikal penghantar makanan yang ditunggang secara laju telah melanggar pagar sebuah rumah menyebabkan bahagian hadapan motosikal itu rosak teruk.

 

Selain itu, kelihatan bahagian badan penunggang itu turut terhentak di pagar tersebut, bagaimanapun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan dialaminya.

See also  Panduan penting apabila kemalangan kenderaan untuk Elak ditipu

 

Pada masa sama, kelihatan dua individu berada di dalam kawasan rumah tersebut, namun kedua-duanya sempat melarikan diri sebelum motosikal melanggar pagar.

 

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila penghantar makanan terbabit panik selepas dia di kejar anjing ketika sedang menghantar pesanan di kawasan perumahan tersebut. Bagaimanapun, lokasi tepat kejadian tidak dinyatakan.

Susulan tular video klip itu, rata-rata pengguna laman Facebook bersimpati dengan kejadian malang itu dan mendoakan agar penghantar makanan itu tidak mengalami kecederaan parah.

See also  Terima Kasih Bobby berjasa besar menyelamatkan penduduk dari kebakaran

 

“Allahuakbar kesiannye dia, badan sakit, motor rosak, semoga Allah perluaskan rezeki dan permudahkan urusan awak di muka bumi ini dik,” tulis Kartika Katie SB.

 

“Adoii sakit tu, nak pelihara apa skali pun jaga elok-elok jangan menyusahkan orang lain, kesian member cari rezeki halal,” ujar Mohd. Norhisham Isenyulong pula. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Majlis tiada hati perut tangkap ibu anjing, biarkan anak-anak kelaparan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV 'Rider' cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378417
Users Today : 2012
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16556
Users Last 30 days : 61807
Users This Month : 5421
Users This Year : 378416
Total Users : 378417
Views Today : 2794
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24671
Views Last 30 days : 94923
Views This Month : 7959
Views This Year : 582653
Total views : 582654
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares