Pesakit Covid-19 berkurangan, mesin oksigen dipulangkan
Klang: Sejumlah 80 mesin Oxygen Concentrator yang dipinjamkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dipulangkan kepada Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0.
HTAR dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, keputusan untuk memulangkan semua peralatan berkenaan dibuat selepas jumlah kemasukan pesakit Covid-19 di hospital itu semakin menurun.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PKRC MAEPS 2.0, khusus kepada Pengarahnya, Dr Shahabuddin Ibrahim atas pinjaman sebanyak 80 unit mesin Oxygen Concentrator kepada HTAR sepanjang tempoh ‘disaster.’
“Bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah menerima dan akan menyusun semula keperluan peralatan berkenaan untuk digunakan di negeri-negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.
“Segala sumbangan dan sokongan daripada pihak luar ke HTAR amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih,” menurut kenyataan itu.
Selasa lalu, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi memaklumkan kemasukan harian pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan di hospital itu berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu sebelumnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pesakit Covid-19 berkurangan, mesin oksigen dipulangkan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.