Wanita maut terjatuh dari LRT
Kuala Lumpur: Wanita maut selepas terjatuh dari tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Sentul Timur, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada 4.30 petang.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian dipercayai berlaku apabila wanita itu berjalan di atas tren yang tidak bergerak.
“Dia juga duduk di besi penyambung gerabak dan terjatuh apabila tren mula bergerak, sebelum digilis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beh berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan kes masih dalam siasatan.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 5 petang untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa.
“Kerja-kerja mengeluarkan mayat selesai kira-kira setengah jam kemudian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Disiarkan pada: August 20, 2021 @ 8:11pm
#Update
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita maut terjatuh dari LRT " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.