Aksi pencuri premis barangan kesihatan dirakam CCTV

Aksi pencuri premis barangan kesihatan dirakam CCTV

 

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

21 Ogos 2021, 11:14 am

 

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki diburu selepas aksinya mencuri barangan di premis barangan kesihatan di sini berjaya dirakam televisyen litar tertutup ( CCTV ) sebelum tular di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian dikatakan berlaku pukul 2.50 petang semalam dengan suspek berusia 40an.

 

See also  Video@Curi pancing barang pos dalam pagar rumah

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil rakaman CCTV itu didapati suspek telah mengambil barang-barang dan memasukkan ke dalam beg sandang dibawanya.

 

“Salah seorang pekerja cuba mengejar tetapi gagal untuk menangkap suspek tersebut.

 

“Nilai kerugian dianggarkan RM500,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Beliau menjelaskan usaha mengesan suspek masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

See also  Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

 

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32813853.

 

Terdahulu tular video berdurasi 2 minit 51 saat memaparkan aksi ‘tangan panjang’ lelaki itu mengambil hampir 10 jenis barangan yang dimasukkan di dalam beg sandang dan poket seluarnya. – K!ONLINE

See also  Semakin tenat Lawak Rogol dijadikan bahan ketawa riang
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Aksi pencuri premis barangan kesihatan dirakam CCTV " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1446
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36958
Views Last 30 days : 123000
Views This Month : 76277
Views This Year : 238667
Total views : 238668
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares