CcTV ‘kantoikan’ Penganggur aksi curi barang warga emas

Penganggur ‘kantoi’ aksi curi dirakam CCTV

 

Sibu: Seorang penganggur ditahan polis selepas enam jam mencuri dompet milik warga emas hasil bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suspek direkodkan mencuri dompet mangsa ditinggalkan dalam keretanya yang diparkir di tepi bangunan kedai Jalan Salim, di sini, kira-kira jam 10.15 pagi.

 

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 66 tahun pergi sarapan di kedai kopi berhampiran selepas selesai membaiki keretanya.

 

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa meninggalkan dompetnya di dalam kereta dan mengunci kenderaan itu menggunakan alat kawalan jauh.

See also  Isteri Maut ditampar, ditumbuk suami

 

“Selepas bersarapan, warga emas itu pergi ke kereta dan mendapati pintu bahagian pemandu dalam keadaan tidak berkunci. Pemeriksaannya mendapati, dompet miliknya dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya, antara barangan yang hilang ialah kad bank, kad pengenalan, lesen memandu, kad vaksin Covid-19, wang tunai RM850 dan rantai emas bernilai RM2,500 serta anggaran kerugian dialami sebanyak RM3,350.

See also  Lelaki curi sekampit beras, susu diburu

 

“Semakan CCTV di lokasi mendapati seorang suspek lelaki membuka pintu kereta sebelah pemandu dan mengambil barang di dalam kenderaan itu sebelum melarikan diri.

 

“Anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sibu berjaya mengenal pasti suspek berusia 42 tahun sebelum bergerak ke rumah suspek dan menahannya kira-kira jam 4 petang,” katanya.

 

Katanya, pemeriksaan pada anggota badan suspek berjaya menemukan dompet yang dicuri.

 

“Suspek juga mengaku barang yang dijumpai pada badannya itu adalah dicuri daripada kereta mangsa,” katanya.

See also  Banduan saringan Covid19 lolos berjaya ditahan

 

Tambahnya, suspek ditahan di Balai Polis Sibu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

▶️HARIAN METRO

20.08.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CcTV 'kantoikan' Penganggur aksi curi barang warga emas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370357
Users Today : 2120
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14538
Users Last 30 days : 65763
Users This Month : 59375
Users This Year : 370356
Total Users : 370357
Views Today : 2929
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21699
Views Last 30 days : 101309
Views This Month : 91476
Views This Year : 570542
Total views : 570543
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares