VIDEO ✓✓Polis kesan dua lelaki gelang ‘pink’ keluar beli makanan

Polis kesan dua lelaki gelang ‘pink’ keluar beli makanan – Viral Hari-Hari

Pasir Gudang: Dua lelaki memakai gelang merah jambu yang dilihat melanggar arahan kuarantin wajib dengan keluar membeli makanan di Taman Sierra Perdana, Masai, di sini, sudah dikesan polis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis mengesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat yang memaparkan dua individu memakai gelang merah jambu keluar dari rumah.

 

Katanya, dua suspek itu dipercayai melanggar perintah kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pergi ke kawasan Jalan Sierra Perdana, Taman Sierra Perdana.

See also  Status Terkini COVID-19, 15 Ogos 2021

 

“Berikutan tular video suspek itu, siasatan lanjut dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

“Kedua-dua individu tempatan berusia 23 dan 46 tahun itu berjaya dikesan. Mereka adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin bermula 14 Ogos lalu hingga Selasa ini.

 

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 18 Ogos lalu kira-kira 8 malam. Kedua-dua suspek sepatutnya menjalani kuarantin kendiri keluar untuk membeli makanan di sebuah kedai berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Polis siasat 16 jemaah surau di Pengkalan

 

Mohd Sohaimi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

 

Katanya, kesalahan itu boleh dikompaun RM5,000 manakala Seksyen 269 Kanun Keseksaan, pula membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

 

“Kedua-dua suspek akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan dan tindakan lanjut selepas selesai menjalani arahan perintah kuarantin wajib mereka.

See also  Sehingga 10 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,353

 

“Orang ramai diingatkan supaya mematuhi peraturan yang dikeluarkan kerajaan supaya penularan wabak Covid-19 di negeri ini dapat dibendung,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO ✓✓Polis kesan dua lelaki gelang ‘pink’ keluar beli makanan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363537
Users Today : 156
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10432
Users Last 30 days : 65887
Users This Month : 52555
Users This Year : 363536
Total Users : 363537
Views Today : 198
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16124
Views Last 30 days : 101664
Views This Month : 81463
Views This Year : 560529
Total views : 560530
Who's Online : 6
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares