Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas

Kuala Lumpur: Sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong di sini, disamun empat lelaki dipercayai bersenjatakan kapak dan tukul, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu suspek dikatakan meluru memasuki premis dan melarikan sejumlah barang kemas.
“Mereka membawa senjata dipercayai kapak dan tukul, kemudian melarikan diri dengan dua motosikal.
“Tiada siapa dicederakan dan pemilik kedai iaitu seorang wanita tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV ✓✓ Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.