Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 kena kecam

Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 kena kecam

Kalau kita beli ibarat kita galakkan perdagangan kucing oleh pakcik ini. Kucing pak cik ini nampak terseksa

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga merupakan peniaga makanan mendapat kecaman ramai apabila didakwa menjual kucingnya dalam keadaan haiwan itu seperti diabaikan pada harga RM800 di tepi jalan Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini.

Beberapa ahli kumpulan Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia antara yang terawal membangkitkan isu tersebut dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

 

“Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan ia. Sebab ramai kata orang itu banyak kali ulang kucing lain-lain,” komen Maman Razo.

See also  Mama uteh bahagia menumpang kasih berteduh di Balai Polis 

 

Tangkap layar beberapa individu yang menyifatkan kucing itu tidak dilayan dengan baik oleh tuannya.

“Kalau kita beli ibarat kita galakkan perdagangan kucing oleh pakcik ini. Kucing pak cik ini nampak terseksa,” kata Myojinie Freedie.

 

“Kita rasa kasihan dan terus rasa hendak beli tetapi bila periksa ini bukan pertama kali dia jual begitu. Sudah bertahun. Jadi kepada sesiapa yang murah hati mahu beli pada harga diminta saya minta fikir masak-masak,” ujar Nur Izasyafira.

See also  [Video]Perbuatan menuba (meracun) hidupan air ialah perbuatan kejam

 

“Saya ada WhatsApp pak cik itu siang tadi dia mahu jual seekor sahaja pada harga RM800. Sebentar tadi pak cik itu hantar mesej beritahu sudah ada orang beli kucing tu,” komen Ash Yusof.

 

Persatuan Haiwan Malaysia dalam respons berhubung perkara itu berkata, perbuatan menjual kucing tanpa menitikberatkan kebajikan haiwan berkenaan merupakan satu kesalahan.

 

“Aktiviti jualan tidak dibenarkan jika keadaan kucing itu menunjukkan ia tidak sihat, tidak ‘fit’ untuk jualan seperti, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

See also  Gajah bertandang ke SK RPS Kemas

 

“Tidak dibenarkan juga menjual kucing dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan atau terdedah serta terbuka sehingga boleh berlaku kemalangan,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 kena kecam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385596
Users Today : 1674
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17359
Users Last 30 days : 60912
Users This Month : 12600
Users This Year : 385595
Total Users : 385596
Views Today : 2574
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25740
Views Last 30 days : 92873
Views This Month : 18659
Views This Year : 593353
Total views : 593354
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares