KEJADIAN SAMUN BERSENJATA DI TEMERLOH
Tak berbaloi,dapat RM50 je…
TEMERLOH: Seorang pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Chengal, dekat sini, nyaris dicederakan oleh seorang lelaki berusia lingkungan 20an yang menyamun kedai itu pada jam 6.26 pagi, di Taman Chengal,Temerloh.

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut meluru masuk ke kedai ketika wanita itu sedang menyapu berdekatan pintu masuk berkenaan.
Menurut, Ketua Polis Temerloh, ACP Azhar Yusof, lelaki yang memakai topi keledar biru dan bersenjata pisau panjang mengarahkan pekerja tersebut ke kaunter jualan sebelum memaksa mengeluarkan wang daripada mesin wang.
Pekerja itu mengeluarkan wang dan memberi kepada lelaki itu berjumlah RM50 dalam pelbagai nilai.
Kejadian berlaku kira-kira tiga minit, kejadian boleh dilihat melalui video kamera TV litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian tersebut berdurasi 1 minit 23 saat.
Menurutnya, laporan telah dibuat dan kes dalam siasatan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV KEJADIAN SAMUN BERSENJATA DI TEMERLOH " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.