Lelaki mabuk bertumbuk dalam bas kilang
KULAI – Polis sedang menyiasat kejadian pergaduhan di dalam sebuah bas membabitkan seorang pemandu bas kilang dengan seorang pekerja warga asing di Kawasan Perindustrian Senai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat tahu pergaduhan itu menerusi dua buah video yang tular di media sosial dan mendapat perhatian umum semalam.
“Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai semasa pekerja kilang pulang dari bekerja.
“Pergaduhan melibatkan seorang lelaki tempatan dan seorang pekerja kilang warga Nepal.
“Ketika kejadian, pekerja asing itu sedang mabuk dan berlaku perselisihan faham antaranya dengan pemandu bas kilang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam tular video berdurasi satu minit 26 saat yang dikongsi oleh pengguna laman sosial yang menyaksikan pergaduhan melibatkan tiga individu berkenaan.
Pertelingkahan itu kemudiannya dileraikan oleh tiga pengawal keselamatan kilang berhampiran bagi mengelakkan keadaan tidak diingini berlaku.
Beng Yeow berkata, setakat ini, belum ada laporan polis yang diterima terhadap kes berkenaan yang kini tular.-K! ONLINE
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
21 Ogos 2021, 5:29 pm
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Lelaki mabuk bertumbuk dalam bas kilang " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.