Kes buang bayi,pasangan kekasih ditahan

Kes buang bayi,pasangan kekasih ditahan

 

KUCHING: Sepasang kekasih ditahan berhubung kes buang bayi di Kampung Siol Kandis, di sini hari ini.


Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu ditangkap kira-kira 4 jam selepas bayi perempuan tersebut ditemui sekitar jam 5.30 pagi.

 

“Siasatan awal, pasangan terbabit mengaku meninggal bayi berkenaan setelah lahir pada jam 2 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

See also  Pasangan kekasih 'kantoi' guna borang rentas negeri palsu

 

Turut dirampas daripada suspek ialah pakaian yang dipakai dan sebuah motosikal, telefon bimbit dan sehelai tuala.

 

“Dalam kes ini, suspek perempuan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pemeriksaan doktor.

 

“Manakala remaja lelaki pula ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi.

See also  Polis bantu kelahiran anak di sekatan jalan raya

 

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tegas Ahsmon.

 

Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di bakul sebuah motosikal di hadapan sebuah rumah di Kampung Siol Kandis.

 

Penduduk kampung yang menemuinya kemudian terus melaporkan kepada polis dan bayi tersebut kemudian dihantar ke HUS untuk rawatan.

See also  (Video) Tular Video Lelaki Ajar Cara Mandikan Bayi, ‘Si Oyen’ Pula Jadi Model

 

▶️UTUSAN BORNEO

26.08.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes buang bayi,pasangan kekasih ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133189
Users Today : 1584
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20501
Users Last 30 days : 69204
Users This Month : 26914
Users This Year : 133188
Total Users : 133189
Views Today : 2547
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31890
Views Last 30 days : 108232
Views This Month : 41866
Views This Year : 204256
Total views : 204257
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares