Angkara hutang seorang lelaki maut ditikam

Angkara hutang seorang lelaki maut ditikam

3 Ogos 2021

KAJANG – Pergaduhan sekumpulan lelaki berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki maut dipukul dan ditikam dengan pisau di tepi jalan kawasan Taman Taragon Puteri, Batu 9 Cheras, dekat sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki kira-kira pukul 6.45 petang.

 

“Sebaik anggota polis tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

See also  Wanita Hamil 7 Bulan Maut kesan tembkan Di Perut

 

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek disyaki bersenjatakan pisau dan batu bata telah menyerang mangsa berdasarkan kesan kecederaan fizikal yang dialami mangsa,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

 

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah menjalankan operasi khas dan berjaya memberkas lima lelaki tempatan berumur lingkungan 39 hingga 48 tahun, awal pagi tadi.

See also  Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras

 

“Hasil soal siasat ke atas suspek mendapati pergaduhan itu berlaku disyaki berpunca daripada masalah hutang.

 

“Kesemua suspek telah dibenarkan reman oleh Majistret Mahkamah Kajang selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

 

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Radzee Jamudi.

See also  {DashCam} Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

 

– K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Angkara hutang seorang lelaki maut ditikam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363588
Users Today : 207
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10483
Users Last 30 days : 65938
Users This Month : 52606
Users This Year : 363587
Total Users : 363588
Views Today : 271
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16197
Views Last 30 days : 101737
Views This Month : 81536
Views This Year : 560602
Total views : 560603
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares