[Video] Sudah 13 tahun menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam

[Video] Sudah 13 tahun menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam

Bagi yang ingin membantu Ismail boleh menghubunginya di talian 013-8070796.

 

Kuala Krai: Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

 

 

Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cekal meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.

 

Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menvmpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di sini, sebaik kem4tian kedua orang tuanya.

 

“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.

See also  Curi elektrik guna teknik 'pancing'

“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.

 

Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makanannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.

 

Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terpvtus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.

See also  Keluhan peniaga Tanjung Aru Plaza wajar diambil perhatian.

 

“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada peny4kit d4rah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.

 

“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditengg3lami b4njir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyel4matkan diri.

See also  Air hujan terapi semulajadi yang dilupakan.

 

Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.

Bagi yang ingin membantu Ismail boleh menghubunginya di talian 013-8070796.

 

Sumber: Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Sudah 13 tahun menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149638
Users Today : 1245
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22140
Users Last 30 days : 79360
Users This Month : 43363
Users This Year : 149637
Total Users : 149638
Views Today : 1730
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33395
Views Last 30 days : 121555
Views This Month : 66146
Views This Year : 228536
Total views : 228537
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares