PKRC CAC di Lembah Klang lengang

PKRC CAC di Lembah Klang lengang

PETALING JAYA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) yang tidak lagi sesak membuktikan keberkesanan suntikan vaksin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tangkap layar WhatsApp Story seorang wanita, Fadilah yang menunjukkan keadaan di PKRC tersebut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Dr. Anas Alam Faizli menerusi laman Twitternya semalam.

 

Menerusi tangkap layar tersebut, dapat dilihat katil-katil di PKRC tersebut kosong tanpa pesakit Covid-19.

 

“Nak bagitahu ni, Maeps makin kosong. Yang pakai oksigen pun dah mendadak kurang. Terima kasih yang ambil vaksin! Kami sayang anda!” tulis wanita tersebut di WhatsApp Storynya.

See also  PENDATANG ASING SEDUT SUBSIDI GAS RM3.5 JUTA SEBULAN

 

Anas Alam turut berkongsi video seorang pengguna bernama @nazirahzubaidi yang menunjukkan keadaan serupa di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati.

 

“CAC Stadium Melawati pun dah lengang. Tengok abam tu siap silang kaki lagi. Steady,” ciapnya.

 

Sementara itu, seorang pengguna, @GeorgeEdwinjac2 berkata, sudah tiba masanya majikan atau kerajaan mewajibkan kakitangan mereka untuk disuntik vaksin.

 

“Jika mereka enggan, pastikan pekerja terbabit mengambil ujian PCR setiap minggu dan ditanggung sendiri.

See also  Lelaki pengsan beratur tengah panas tunggu vaksin

 

“Mereka ada pilihan, ambil vaksin atau ujian. Kita tengok berapa lama mereka boleh bertahan,” ciapnya.

 

Pengguna bernama @fazrilizzamy pula berkata: “Vaksin berkesan, walaupun diri sendiri positif Covid-19 dengan sejarah asthma tapi cuma kategori 1.

 

“Tak nak kasihankan diri tak apa, cuba kasihankan frontliner,” ciapnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Situasi membimbangkan di HTAR: KKM maksimumkan kapasiti, tambah bilangan petugas kesihatan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PKRC CAC di Lembah Klang lengang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363659
Users Today : 278
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10554
Users Last 30 days : 66009
Users This Month : 52677
Users This Year : 363658
Total Users : 363659
Views Today : 364
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16290
Views Last 30 days : 101830
Views This Month : 81629
Views This Year : 560695
Total views : 560696
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares