Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19

Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri pengusaha kebun nanas di Alor Setar, Kedah berdepan ujian berat apabila individu yang memesan 500 kilogram (kg) hasil pertanian mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pemilik akaun Twitter bernama @syifamajid dalam satu hantaran menyatakan ia merupakan hasil tuaian pertama abang iparnya dan buah nanas varieti MD2 yang telah dipetik tersebut dikhuatiri tidak dapat bertahan lama.

 

“Dugaan abang ipar. Pertama kali baru hendak rasa hasil nanas. Ada yang sudah tempah 500kg. Tiba-tiba orang itu meninggal dunia sebab Covid-19. Mintak RT (ulang kicau) boleh,” tulisnya hari ini.

 

Hantaran itu diulang kicau lebih 8,600 kali dengan ramai netizen menyatakan minat untuk membeli buah-buah berkenaan.

 

Dalam pada itu, Zetty Majid, 47, yang membantu suaminya memasarkan nanas tersebut meluahkan rasa terharu apabila bertalu-talu menerima pesanan daripada pelanggan yang berminat untuk membeli hasil titik peluh mereka.

See also  Covid19 3048 kes baru 25 Jan 2021

 

Katanya, buat masa ini penghantaran hanya dilakukan di Alor Setar dan Jitra dengan ada pelanggan dari luar Kedah bermurah hati membeli nanas tersebut untuk disedekahkan kepada keluarga yang memerlukan.

 

“Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah memang kami sudah tidak nampak jalan. Lagipun banyak lambakan nanas di pasaran sekarang ini. Bagi yang beli untuk sedekah kami hantar kepada orang susah.

 

“Kami tunggu-tunggu pembeli berkenaan dia tak mai (datang). Sepatutnya dia mai hari Rabu lepas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tangkap layar perkongsian adik kepada Zetty yang menyatakan 500kg nanas tidak dapat dijual dalam masa singkat kerana pembeli yang membuat tempahan meninggal dunia akibat Covid-19.

 

Menurut Zetty, terdapat segelintir pelanggan bertanya adakah keluarganya merupakan kontak rapat kepada pembeli tersebut dan berkemungkinan bimbang untuk membeli nanas-nanas berkenaan.

See also  Ibu jadi 'korban' demi selamatkan pesakit COVID-19

 

“Ada yang tanya sama ada kami kontak rapat atau ada rasa tidak sihat. Saya tidak salahkan mereka. Kami faham kebimbangan semua orang.

 

“Pelanggan itu sebenarnya hanya membuat pesanan melalui panggilan telefon. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini dan saya sendiri sudah menerima suntikan vaksin,” jelasnya.

 

Zetty berkata, buah tersebut kini berbaki kira-kira 300 kilogram dan dijangka dapat bertahan dua hingga tiga hari dengan hasil nanas yang boleh dituai dalam tempoh terdekat dianggarkan berjumlah dua hingga tiga tan.

 

“Memang saya sungguh terharu. Walaupun orang beli dua tiga biji sudah dapat mengurangkan masalah kami. Bukan kurang sedikit tetapi kurang banyak. Saya bersyukur sangat.

 

“Nampak keikhlasan hati orang untuk membantu terutamanya yang membeli untuk sedekah walaupun duduk jauh misalnya dari Kuala Lumpur dan Johor sanggup buat bayaran secara online dan percaya dengan kami,” ujarnya. – K! ONLINE

See also  27-8-2021 Vaksin 61.1% Populasi Dewasa Telah Lengkap Divaksinasi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370563
Users Today : 2326
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14744
Users Last 30 days : 65969
Users This Month : 59581
Users This Year : 370562
Total Users : 370563
Views Today : 3244
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 22014
Views Last 30 days : 101624
Views This Month : 91791
Views This Year : 570857
Total views : 570858
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares