Suspek rogol,liwat dan bunuh kerani direman 7 hari

Suspek rogol,liwat dan bunuh kerani direman 7 hari

 

JAWI – Lelaki yang terlibat dalam kes rogol, liwat serta bunuh seorang wanita di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di sini reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Suprintendan Lee Chong Chern berkata, suspek berusia 29 tahun itu direman sehingga 4 September ini bagi membantu siasatan.

 

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan hari ini dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

See also  Video@Penangan Viral Kejadian 2018, kena Saman 2021

 

“Kita juga bawa suspek ke lokasi kejadian semula untuk membantu siasatan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

 

Terdahulu, suspek yang baru selepas menjalani hukuman penjara bersabit kesalaha mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu dibawa ke lokasi dengan diiringi anggota.

 

Suspek datang dalam tangan bergari dan memakai baju lokap itu dibawa semula ke lokap pada jam 1.40 tengah hari selepas siasatan selesai di lokasi.

See also  Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan

 

MalaysiaGazette hari ini melaporkan Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.

 

Pembunuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di sini, semalam.

 

Mayat kerani itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.

See also  Bapa tiri durjana dipenjara 1,050  tahun  24 Sebatan rogol Anak Tiri

 

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

 

#MALAYSIAGAZEETE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Suspek rogol,liwat dan bunuh kerani direman 7 hari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156154
Users Today : 944
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24549
Users Last 30 days : 79978
Users This Month : 49879
Users This Year : 156153
Total Users : 156154
Views Today : 1714
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37226
Views Last 30 days : 123268
Views This Month : 76545
Views This Year : 238935
Total views : 238936
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares