11  manfaat rebung untuk merawat obesiti, kolestrol, diabetes, detok

11 manfaat rebung untuk merawat penyakit manusia

1. Menambah selera makan

Kandungan selulosa yang tinggi dalam rebung dapat merangsang selera makan dan tekstur rebung menjadikan ia sebagai bahan pembuka selera yang baik.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut penyelidik dari India pada tahun 2011, rasa rebung yang rangup, manis, berperasa dan unik merupakan antara faktor pilihan ramai orang untuk membuka selera dengan rebung sebagai hidangan.

2. Menurunkan paras kolesterol

Rebung membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah dan mencegah sakit jantung.

Selain kehadiran serat yang tinggi, rebung mempunyai phytosterols yang terbukti membantu menurunkan kandungan kolestrol dalam darah.

Malah, kajian lepas membandingkan kandungan nutrien dalam rebung yang lebih tinggi berbanding bijirin, buah-buahan dan sayuran tertentu yang mampu menurunkan kolestrol dengan kecekapan yang lebih baik.

3. Menyihatkan sistem pencernaan

Kandungan gentian membantu proses pencernaan. Ia meningkatkan pergerakan usus, melancarkan pergerakan najis. Rebung dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti gastroenteritis. Rebung juga bermanfaat dijadikan ubat cacing.

Kajian Park dan John dari Korea Selatan pada tahun 2009 merekodkan penurunan kolestrol dan peningkatan sistem pencernaan yang lebih baik dalam kalangan belia wanita di sana.

Didapati, pengambilan diet makanan rebung sebanyak 360 gram sehari selama 6 hari berturut-turut membantu menyihatkan sistem pencernaan responden yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

See also  Punca penyakit kronik dari Makanan Proses:Elakkan 10 Jenis Ini!  

4. Membantu detok badan

Kandungan dalam rebung membantu badan membuang toksin. Dengan kehadiran pelbagai sebatian bioaktif, rebung sangat membantu menyingkirkan toksin.

Sekumpulan penyelidik dari Missisipi, Amerika Syarikat dalam kajian mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Agricultural of Food Chemistry telah menemui hampir 70 jenis sebatian bioaktif dalam rebung yang bersifat antioksidan.

Antara sebatian utama ialah p-cresol, 2-heptanol, acetic acid dan 1-octen-3-ol.

5. Menurunkan berat badan

Kandungan serat yang tinggi membolehkan anda menurunkan badan dengan cepat secara semulajadi dan sihat. Ia memberikan rasa kenyang yang lama. Dilaporkan hampir 95% daripada rebung merupakan sumber serat yang boleh dimakan dengan nilai kalori yang sangat rendah.

Kandungan lemak rebung juga sangat rendah iaitu 2.6 gram lemak bagi setiap 100 gram rebung.

6. Menstabilkan tekanan darah

Oleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, ia amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.

Kajian lepas melaporkan bahawa kehadiran kalium dalam rebung membantu mengekalkan degupan jantung pada ritma yang normal.

Selain itu, kandungan serat yang tinggi dalam diet seseorang (khususnya serat tinggi dalam rebung) sememangnya telah terbukti secara meluas dalam komuniti klinikal dan saintifik bahawa serat mampu menurunkan tekanan darah.

See also  Sebiji Epal setiap hari akan menjauhkan diri anda dari doktor

7. Menyembuhkan Bisul Dan Luka

Mempunyai sifat anti inflamasi dan analgesik yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan bisul dan luka.

Berdasarkan kajian daripada penyelidik di New Delhi, India pada tahun 2011, rebung kaya dengan kandungan amino asid, selenium, potassium dan mineral lain yang sangat membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat.

8. Memudahkan Proses Kelahiran

Berdasarkan bacaan sorotan kajian lepas, rebung termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.

9. Mengurangkan risiko strok

Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan strok.

Penderita strok biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot.

Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan.

10. Serat membantu mengatasi banyak penyakit

Kekurangan serat ternyata boleh juga menyebabkan berbagai jenis penyakit. Kekurangan serat boleh menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, diabetes melitus, hiperkolesterolemia, sakit jantung, kanser usus besar (kolon) dan sebagainya.

Serat merupakan zat yang berbentuk karbohidrat kompleks dan biasanya banyak terdapat pada dinding sel tanaman sayuran termasuk rebung buluh.

See also  Rendam 1-2 jam barli untuk cepatkan tempoh rebusan

11. Manfaat Lain

Selain itu, rebung juga dikatakan:

Meningkatkan Sistem Imun Badan

Dengan jumlah yang tinggi ciri-ciri antioksidan, rebung menyumbang ke arah mengelakkan risiko kanser usus besar.

Selain daripada meningkatkan imuniti tubuh, pucuk buluh mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan risiko dijangkiti pelbagai penyakit kronik.

Rebung telah dirujuk sebagai ubat herba yang berkesan untuk mengurangkan kekejangan dalam pundi hempedu.

Tumbuhan ini telah terbukti untuk merawat demam campak lebih cepat berbanding mana-mana ubat-ubatan lain. Untuk hasil yang terbaik, sup disediakan daripada rebung mesti dimakan dua kali sehari sehingga simptom reda.

Lain-lain faedah rebung ialah dikaitkan untuk merawat keguguran rambut, gatal-gatal, pendarahan, katarak dan masalah mata yang lain, haid menyakitkan, sakit pundi kencing, jangkitan gonorrhea dan sakit sendi.

.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 11  manfaat rebung untuk merawat obesiti, kolestrol, diabetes, detok " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367359
Users Today : 2271
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11991
Users Last 30 days : 64338
Users This Month : 56377
Users This Year : 367358
Total Users : 367359
Views Today : 3389
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18285
Views Last 30 days : 99426
Views This Month : 87227
Views This Year : 566293
Total views : 566294
Who's Online : 24
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares