Lelaki maut selepas terkena taji ayam sabung miliknya
BINTULU: Ibarat ‘senjata makan tuan’ begitulah nasib seorang lelaki apabila disahkan meninggal dunia setelah terkena taji yang dipasang di kaki ayam sabung miliknya ketika aktiviti sabung di kawasan ladang sawit persendirian di Batu 21, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu pada Ahad.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, dalam kejadian yang dilaporkan sekitar jam 2 petang itu, lelaki berusia 42 tahun terbabit dipercayai terlibat dalam aktiviti sabung ayam di kawasan ladang berkenaan.
“Semasa melakukan aktiviti sabung ayam di tempat tersebut, seorang pemain telah diserang oleh seekor ayam miliknya sendiri dan telah terkena taji ayam yang dipasang di kaki ayam tersebut menyebabkan dia mengalami luka di bahagian kaki dan pendarahan yang banyak.
“Lelaki terbabit disahkan meninggal dunia semasa berada di Hospital Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan hari.
Menurut Aidi, dalam kejadian ini, Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu telah membuat tangkapan terhadap enam suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini.
Kes disiasat bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952 / Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Selain itu, tegasnya kes turut disiasat di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
▶️UTUSAN BORNEO
30.08.2021
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Lelaki maut selepas terkena taji ayam sabung miliknya " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.