VIDEO ✓✓ Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

 

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang cedera parah selepas diserang beberapa lelaki dipercayai bersenjata tajam semasa sedang membeli laksa di sebuah gerai di Taman Merak, Simpang Ampat di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, lelaki berusia 25 tahun tersebut dipercayai diserang oleh enam individu yang memakai topeng muka.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dikatakan pergi ke sebuah gerai untuk membeli laksa sebelum saksi melihat dia berlari masuk ke dalam kawasan perniagaan tapak pasar malam.

See also  Dendam punca tetak kenalan

 

“Mangsa dikatakan dikejar oleh beberapa lelaki yang pakai baju lengan pendek dan bersarung muka.

 

“Saksi mendakwa mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Beliau berkata, sejurus suspek beredar, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini dan berada dalam keadaan kritikal apabila mengalami kehilangan banyak darah.

 

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tetakan pada kedua-dua belah tapak tangan, kesan toreh pada kedua-dua belah paha dan tetakan pada belakang kepala mangsa.

See also  Tiga kali polis tumbuk muka saya

 

“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu, manakala tiada liputan televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 

Sementara itu, kejadian berkenaan tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi rakaman video memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dan berlumuran darah selepas ditetak. – K! ONLINE

See also  {{Video}}Cedera ditetak lelaki tidak siuman

 

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

31 Ogos 2021, 4:17 pm

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO ✓✓ Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367368
Users Today : 2280
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12000
Users Last 30 days : 64347
Users This Month : 56386
Users This Year : 367367
Total Users : 367368
Views Today : 3399
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18295
Views Last 30 days : 99436
Views This Month : 87237
Views This Year : 566303
Total views : 566304
Who's Online : 21
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares