Lari dari serbuan,dua warga Ghana nekad terjun tasik  

Lari dari serbuan,dua warga Ghana nekad terjun tasik

 

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Ghana nekad terjun ke dalam tasik sejurus menyedari kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di sebuah kelab komuniti di Cyberjaya dekat sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian itu berlaku semasa serbuan itu dilakukan sekitar pukul 1 petang tadi, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

 

Kedua-dua mereka bekerja di kelab berkenaan, katanya.

 

“Pegawai yang menjalankan operasi terpaksa terjun ke dalam tasik di belakang kelab berkenaan untuk menahan warga asing terbabit.

 

“Kedua-dua lelaki warga Ghana itu ditahan akibat gagal mengemukakan sebarang dokumen atau pas sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  Operasi Bomba Selamatkan Kucing terperangkap tingkat 13

Menurutnya, JIM berjaya menahan seramai 26 warga asing menerusi Op Merdeka yang dijalankan di sekitar ibu negara dan Selangor.

 

Operasi membabitkan sepasukan 20 pegawai Unit Operasi Khas (QRT) Putrajaya itu dijalankan sejak semalam sehingga pukul 1 petang hari ini.

 

Khairul Dzaimee berkata, serbuan pertama dijalankan di sebuah hotel lama yang dikenal pasti sebagai kawasan panas aktiviti pelacuran di Pudu.

 

WhatsApp-Image-2021-09-01-at-18

Antara wanita warga asing yang ditahan menerusi serbuan Op Merdeka yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di Pudu.

Menurut beliau, premis berkenaan telah berulang kali diserbu namun didapati masih menjalankan aktiviti tidak bermoral melibatkan warga asing.

See also  Ban Pecah Tanjung Piandang jadi lokasi beromen tanpa segsn silu

 

“Semasa serbuan, terdapat cubaan melarikan diri oleh warga asing di premis itu namun usaha meloloskan diri berjaya digagalkan.

 

“Seramai 63 individu telah diperiksa di premis tersebut dengan 12 daripadanya telah ditahan terdiri daripada lima wanita warganegara Vietnam dan tujuh lelaki warganegara Bangladesh.

 

“Operasi seterusnya dijalankan di kawasan Puchong, Selangor kira-kira pukul 1 pagi melibatkan pemeriksaan ke atas dua buah kediaman. Seramai 21 individu telah diperiksa dengan lima lelaki warganegara Bangladesh, seorang lelaki dan enam wanita warganegara Indonesia ditahan ekoran gagal mengemukakan sebarang dokumen atau pas yang sah semasa pemeriksaan dilakukan,” katanya.

 

Jelas beliau, selain tangkapan 26 warga asing, seramai empat warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

See also  ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

 

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk disiasat atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 

MALAYSIA GAZETTE

????Info????????????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lari dari serbuan,dua warga Ghana nekad terjun tasik   " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367453
Users Today : 2365
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12085
Users Last 30 days : 64432
Users This Month : 56471
Users This Year : 367452
Total Users : 367453
Views Today : 3535
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18431
Views Last 30 days : 99572
Views This Month : 87373
Views This Year : 566439
Total views : 566440
Who's Online : 15
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares