Tabiat buang sampah merata-rata-Lelaki campak telefon Android kekasih, ganti Apple

Tabiat buang sampah merata-rata-Lelaki campak telefon Android kekasih, ganti iPhone

Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN

1 September 2021, 9:44 pm

 

PETALING JAYA – Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki membuang telefon bimbit teman wanitanya dari luar tingkap kenderaan yang sedang bergerak baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter bernama @atikayazidd, wanita terbabit sebelum itu mengadu telefon bimbitnya sering mengalami kerosakan.

See also  Ibu nekad lempar tiga anak ketika rumah terbakar

 

Ketika kejadian, lelaki itu bertanya sama ada telefon kekasihnya itu menggunakan sistem operasi Android atau tidak sebelum dia mencampakkannya keluar melalui tingkap kereta.

 

Sejurus itu, lelaki itu membawa teman wanitanya ke kedai telekomunisi Apple untuk membeli telefon baharu sebagai ganti kepada gajet yang dibuangnya.

 

Walaupun pemberian telefon bimbit baharu kepada teman wanitanya itu dianggap baik, rata-rata pengguna laman sosial tidak dapat menerima caranya yang memperlekehkan telefon jenis Android seolah-olah tidak berkualti.

See also  (VIDEO) Hanya jiwa kental sahaja mampu menyeberangi Sungai Mansiang

 

“Mentaliti macam ini boleh terus campak masuk dalam tong sampah,” kata @ajiyesmoto.

 

“Tak suka dengan Android sekalipun, tabiat buang sampah dari dalam kereta memang menjijikan,” ujar @thefaizzainal.

 

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 5,069 tanda suka di laman sosial tersebut. – K! ONLINE

See also  Ibu Tunggal Selongkar Tong Sampah syukur diatas keperihatinan pelbagai pihak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tabiat buang sampah merata-rata-Lelaki campak telefon Android kekasih, ganti Apple " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370342
Users Today : 2105
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14523
Users Last 30 days : 65748
Users This Month : 59360
Users This Year : 370341
Total Users : 370342
Views Today : 2911
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21681
Views Last 30 days : 101291
Views This Month : 91458
Views This Year : 570524
Total views : 570525
Who's Online : 29
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares