Sebuah kereta Perodua Myvi dihanyutkan air deras ketika cubaan melintas di Jalan Kionsom Lama, Inanam, petang tadi.

Nasib pemandu dan penumpang Myvi tersebut masih tidak diketahui. Menurut maklumat yang dikongsikan, kejadian dilaporkan berlaku lebih kurang jam 6 petang dan dirakam oleh pemandu di belakang kereta tersebut.
Pantai Barat Sabah mengalami hujan lebat dan angin kencang berterusan sejak semalam. Kejadian sama pernah berlaku di Keningau pada tahun lepas di mana sebuah kereta hilux telah dihanyutkan air deras.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " DashCam King hanyut ketika cuba lintas air deras " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.