Video✓✓Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi cedera di muka.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

BAGAN SERAI – Polis sedang menjejaki dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Parit 2 di sini yang videonya tular di media sosial pada Jumaat.

 

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, hasil pemerhatian lanjut video berkenaan didapati kedua-dua lelaki terbabit melakukan kesalahan kerana bergaduh di tempat awam.

See also  Senda agama Islam, pengasas produk kosmetik disiasat

 

“Pada 3 September, jam 4.30 petang, Bahagian Siasatan Jenayah telah menerima satu makluman berkaitan video pergaduhan itu dan satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut.

 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

 

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.

See also  VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah

 

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi mengalami cedera di muka.

 

Tidak dapat dipastikan hubungan kedua-dua lelaki itu dan punca kejadian, namun menerusi rakaman ada menyebut mereka adik-beradik dan pergaduhan berlaku disebabkan perebutan wanita.

See also  Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371954
Users Today : 569
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15266
Users Last 30 days : 64389
Users This Month : 60972
Users This Year : 371953
Total Users : 371954
Views Today : 857
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22883
Views Last 30 days : 99209
Views This Month : 93995
Views This Year : 573061
Total views : 573062
Who's Online : 9
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares