Video✓✓Pukau juruwang dan larikan RM1,380

Pukau juruwang dan larikan RM1,380

 

Kampar: Seorang juruwang di premis menjual makanan sejuk beku dan barangan runcit di Jalan Iskandar di sini, mendakwa dipukau dua individu yang melarikan wang tunai RM1,380 Khamis lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, dalam kejadian jam 4.48 petang itu mangsa bertugas di kaunter bayaran sebelum didatangi dua suspek lelaki dan wanita dipercayai warga asing.

 

Katanya, suspek yang membeli barang membuat bayaran di kaunter dan mahu menukar wang RM100.

 

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek lelaki mengambil sendiri semua wang RM50 dari mesin wang kaunter bayaran dan mengira di hadapan mangsa.

See also  Remaja diekori, dicabul pekerja cuci kereta

 

“Ketika mengira, suspek melipat wang di bahagian tangan kirinya dan memasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum meletakkan kembali wang berkenaan di dalam mesin wang.

 

“Suspek melakukan perkara sama sekali lagi, sebelum beredar suspek mengambil wang RM100 dari mesin wang kaunter bayaran dan masukkan ke dalam poket seluarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Menurut Hasron, selepas beberapa pelanggan membuat bayaran mangsa berasa pelik dan membuat kiraan semula wang dalam mesin berkenaan dan mendapati ia berkurangan sebelum memaklumkan kejadian ini kepada pengurus kedai kerana disyaki dipukau lelaki berkenaan.

See also  Bayi  perempuan ditemui di Kubang Rotan Kuala Kedah

 

“Anggaran kerugian adalah RM1,380 dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut CCTV di tempat kejadian mendapati kedua-dua suspek adalah warga asing yang memakai pelitup muka itu masuk ke premis untuk membeli dua bungkus rempah sebelum ke kaunter untuk membuat pembayaran.

 

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa seorang diri di kaunter pembayaran manakala seorang lagi pekerja berada di stor,” katanya.

See also  Pengusaha pasar raya nak menangis kedai dipecahkan lelaki mengamuk

 

Terdahulu tular di media sosial berhubung kejadian mangsa yang dipukau dua individu melalui rakaman CCTV.

 

Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 1:54pm

Oleh Balqis Jazimah Zahari

am@hmetro.com.my

Video/gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Pukau juruwang dan larikan RM1,380 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146541
Users Today : 2990
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21847
Users Last 30 days : 77939
Users This Month : 40266
Users This Year : 146540
Total Users : 146541
Views Today : 4159
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33216
Views Last 30 days : 119432
Views This Month : 61346
Views This Year : 223736
Total views : 223737
Who's Online : 34
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares