Video✓✓’Rider’ pentingkan diri dikecam netizen

‘Rider’ pentingkan diri dikecam netizen

 

Oleh KOSMO!

3 September 2021, 3:34 pm

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA – Tindakan seorang pekerja perkhidmatan penghantaran makanan menunggang motosikal di lorong kereta sewaktu melalui plaza tol di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mengundang kemarahan orang ramai.

 

Menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh MHrl Azln, tindakan penunggang motosikal berkenaan dilihat telah mengakibatkan palang tol yang terbuka menghentam sebuah kereta selepas sensor mengesan ia telah dilalui oleh kenderaan.

 

Tindakan penunggang motosikal berkenaan mendapat kecaman daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan itu sebagai pentingkan diri sendiri dan menganiayai pengguna jalan raya lain.

See also  Penghantar AirAsia ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dengan gaji bulanan minimum RM3,000

 

“Palang turun awal sebab sensor kesan kereta dah lepas. Lapor sahaja dengan polis dan syarikat e-hailing berkenaan, bawa sekali video ini sebagai bukti.

 

“Bukan nak sekat rezeki dia, tapi orang macam ini kita perlu beri pengajaran dan sebagai usaha menyelamatkan nyawa dia dengan orang lain. Sikap macam ni tak sesuai berada dan bekerja atas jalan raya,” kata seorang pengguna dengan nama Nor Azam.

 

Video berkenaan yang dikongsikan sejak pagi tadi telah mendapat lebih dari 20,000 tontonan dan 209 komen daripada orang ramai yang mengecam perbuatan itu.

See also  Gangguan Awam Mabuk dan Makluman Tangkapan (4)(L) India di kawasan Plaza Tol Slim River

 

Tambah mengundang kemarahan orang ramai adalah apabila kelihatan beberapa buah motosikal lain dengan tenang melalui lorong motosikal yang terletak bersebelahan sahaja dengan lorong kereta tersebut.

 

“Aku tak faham dengan perangai macam ni, lorong motosikal sebelah tu je, kenapa nak kena lalu lorong kereta, lepas itu susahkan orang, nasib baik cermin kereta tu tak pecah,” kata Irwan Amin.

 

Tambah seorang lagi pengguna dengan nama Abdullah Lah, tindakan penunggang motosikal itu memberi gambaran yang buruk kepada kerjaya sebagai seorang penghantar makanan yang akan mengakibatkan golongan tersebut dipandang serong.

See also  Wanita dibelasah lelaki berpangkat 'datuk' hanya kerana bunyikan hon

 

“Sudah-sudahlah burukkan nama ‘rider’. Aku pun rider juga, tak pernah buat perangai macam ni. Kita elok-elok nak cari makan dah orang pandang serong, dilabel macam-macam,” luahnya. – K! ONLINE

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓'Rider’ pentingkan diri dikecam netizen " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367441
Users Today : 2353
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12073
Users Last 30 days : 64420
Users This Month : 56459
Users This Year : 367440
Total Users : 367441
Views Today : 3515
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18411
Views Last 30 days : 99552
Views This Month : 87353
Views This Year : 566419
Total views : 566420
Who's Online : 14
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares