4 kereta mewah berlumba Pandu lawan arus

4 kereta mewah berlumba Pandu lawan arus

 

Kuala Lumpur: Tindakan empat lelaki menguji kelajuan kereta mewah masing-masing di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran Awan Besar mengundang padah apabila mereka ditahan polis dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menjalankan operasi berkenaan dengan kekuatan dua pegawai dan 19 anggota daripada Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, antara 10 malam hingga 4.45 pagi tadi.

 

“Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.

See also  {Video Kejar Mengejar} Polis tahan lelaki lari daripada pemeriksaan, miliki dadah

 

“Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 didapati melakukan aksi sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Mohd Nadzri berkata, pada 12.30 tengah malam semua suspek dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar dalam keadaan selamat.

 

“Susulan itu, sepasukan polis kemudian menghampiri semua suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun dan menahan sebelum membawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya.

See also  Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

 

Sementara itu, dalam operasi berasingan, lapan individu ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di kilometer 16 Lebuhraya Grand Saga arah Kuala Lumpur dan kilometer 8.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang.

 

“Semua individu berusai 19 hingga 24 tahun itu menunjukkan aksi yang berbahaya ketika menunggang motosikal.

 

“Ada di antara mereka bersaing sesama sendiri dan melakukan pelbagai aksi seperti zig-zag dan ‘superman,'”katanya.

 

Menurutnya, mereka ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

See also  Video Pergaduhan Cybercity seorang ditahan tujuh diburu

 

“Semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

▶️HARIAN METRO

05.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 4 kereta mewah berlumba Pandu lawan arus " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139444
Users Today : 620
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21573
Users Last 30 days : 74100
Users This Month : 33169
Users This Year : 139443
Total Users : 139444
Views Today : 831
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33479
Views Last 30 days : 114646
Views This Month : 51221
Views This Year : 213611
Total views : 213612
Who's Online : 36
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares