Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak – KJ

Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak – KJ

 

Astro Awani

September 4, 2021 20:49 MYT

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR : Remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula pada minggu hadapan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin.

“Kita akan mulakan dengan remaja di Sarawak memandangkan negeri berkenaan sudah melepasi sasaran 80 peratus populasi dewasanya divaksin,” kata beliau dalam sesi temu bual bersama media pada Sabtu.

See also  30 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,840

 

Ujar beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.

“Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang.

“Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.

See also  Remaja motosikal bising maki hamun Ketua kampung ditahan Polis

Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.

“Kita akan mengadakan satu perbincangan dan meneliti risiko pelaksanaannya,” tambah beliau.

Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.

Kementerian Kesihatan dalam masa sama akan melaksanakan pemberian vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang ditetapkan, klinik serta menerusi program outreach yang dijalankan di sekolah-sekolah.

See also  {Video} Paus berukuran lebih tiga meter terdampar di pantai Kuala Baram

 

#remaja

#vaksinCOVID-19

#pandemik

#Khairy Jamaluddin

#vaksinasi

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak - KJ " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156685
Users Today : 526
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23340
Users Last 30 days : 78771
Users This Month : 50410
Users This Year : 156684
Total Users : 156685
Views Today : 927
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35340
Views Last 30 days : 121277
Views This Month : 77478
Views This Year : 239868
Total views : 239869
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares