VIDEO✓✓Sindiket Ah Long Bangladesh tumpas

Warga Bangladesh pun dah jadi ‘Ah Long’.

Sindiket Ah Long Bangladesh tumpas

 

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan dalang satu sindiket pinjaman wang atau ceti haram yang dikenali sebagai ‘Ah Long Bangladesh’ dalam satu operasi khas semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai imigresen dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas pada pukul 1 pagi semalam di sebuah premis kediaman Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, penghuni premis enggan memberikan kerjasama untuk membuka pintu sehingga memaksa pasukan operasi memecahkan pintu premis untuk melakukan pemeriksaan.

See also  Warga Asing Sorok gelang merah jambu guna kertas A4

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat lima orang warga asing berada di premis berkenaan dan hasil soal siasat awal terhadap penghuni rumah, mendapati suspek utama yang dikenali sebagai ‘Ah Long Bangladesh’ telah melarikan diri ketika pasukan serbuan sedang memecahkan pintu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek utama yang bertindak melompat ke koridor rumah bersebelahan dan bersembunyi di kawasan tersebut ditemui lebih kurang dua jam kemudian.

“Sebanyak sembilan keping pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM50,000 dipercayai hasil aktiviti pinjaman dan penghantaran wang tanpa lesen telah ditemui dalam operasi ini.

See also  DBKL IMIGRESEN SERBU PENIAGA WARGA ASING DI PLAZA LOW YAT

“Selain itu, turut ditemui sejumlah dokumen berkaitan sebuah syarikat dan beberapa kontrak penyewaan bangunan yang dipercayai digunakan sindiket untuk menjalankan kegiatan ini,” katanya.

Menurut Khairul Dzaimee, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang dan kiriman wang tidak berlesen kepada warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

“Seramai dua orang warga Bangladesh yang berusia 23 dan 41 tahun termasuk seorang yang merupakan dalang utama sindiket telah ditahan di bawah Seksyen 51(5) (b)Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

See also  VIDEO ✓✓Ah long baling petrol, bakar halaman rumah

 

“Kedua-dua suspek juga disiasat di bawah Akta Pasport 1950 (Akta 150) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(Akta 613),” ujarnya. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO✓✓Sindiket Ah Long Bangladesh tumpas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370527
Users Today : 2290
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14708
Users Last 30 days : 65933
Users This Month : 59545
Users This Year : 370526
Total Users : 370527
Views Today : 3192
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21962
Views Last 30 days : 101572
Views This Month : 91739
Views This Year : 570805
Total views : 570806
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares