Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan

Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tengah) ketika bercakap kepada pemberita. Turut hadir Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin (kanan) di Balai Polis Jelawat, Bachok pada Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

BACHOK – Jenayah rogol di Kelantan terutama membabitkan mangsa di bawah umur meningkat secara keseluruhan kepada 65 kes tahun ini khususnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Jumlah itu direkodkan bermula Januari hingga Julai dengan peningkatan sebanyak 11 kes berbanding 54 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, peningkatan ketara kesalahan jenayah seksual itu membabitkan mangsa di bawah umur yang pada dasarnya ‘suka sama suka’.

See also  Misteri lelaki tua bertongkat terjawab

 

Menurutnya, bagaimanapun, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol kerana membabitkan mereka yang berusia 16 tahun dan ke bawah.

 

“Antaranya adalah pasangan kekasih yang berusia seawal 13 hingga 16 tahun dan masih bersekolah.

 

“Lelaki atau pelaku pula berusia sehingga lebih 30 tahun yang ada dikenali menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp di dalam lingkungan daerah yang sama,” katanya selepas melawat Balai Polis Jelawat di sini pada Ahad.

 

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

 

Ujar beliau, trend rekod jenayah rogol itu begitu membimbangkan terutama ketika musim PKP, selain kajian yang dibuat mendapati kejadian berlaku di rumah mangsa atau rumah perogol.

See also  Lagi wanita diperdaya RM5,500 kenalan Facebook

 

“Pasangan yang terbabit dalam kejadian ini mengenali antara satu sama lain dan melakukan perbuatan tersebut ketika ibu bapa tidur atau tidak ada di rumah.

 

“Mereka tidak bebas kerana PKP yang dilaksanakan menyekat pergerakan, namun tidak menghalang untuk melakukan perbuatan itu,” katanya.

 

Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing agar dapat mengekang berlakunya jenayah rogol terutama dalam kalangan bawah umur.

 

Dalam pada itu, kata beliau, Pondok Polis Jelawat yang ditubuhkan pada 31 Oktober 2011 dinaik taraf kepada Balai Polis Jelawat pada 24 Mac tahun lalu dengan menempatkan 14 anggota diketuai oleh seorang sarjan mejar.

See also  29 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 17,170

 

“Balai ini beroperasi sepenuhnya mulai hari ini (Ahad) bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat untuk membuat aduan kes-kes jenayah agar ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367059
Users Today : 1971
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11691
Users Last 30 days : 64038
Users This Month : 56077
Users This Year : 367058
Total Users : 367059
Views Today : 2940
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17836
Views Last 30 days : 98977
Views This Month : 86778
Views This Year : 565844
Total views : 565845
Who's Online : 11
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares