PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021

PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021

 

 

Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN

5 September 2021, 7:09 pm

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulangi kenyataannya berkenaan Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 yang akan dikreditkan pada esok 6 September 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

 

“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

 

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook hari ini.

See also  Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19

 

1 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan, sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini.

 

Bantuan itu sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

 

Kelayakan penerima BKC dalam golongan miskin tegar dan B40 ialah berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan isi rumah atau warga emas (RM5,000 dan ke bawah), manakala individu bujang (RM2,500 dan ke bawah).

 

Bagi kelayakan penerima M40 pula, golongan ini perlu melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan isi rumah (RM5,001 hingga RM9,000), manakala bujang (RM2,501 hingga RM5,000).

See also  Pengumuman PM esok: Tidak perlu pembelian panik

 

Bagi miskin tegar, isi rumah yang berkelayakan menerima jumlah bantuan sebanyak RM1,300, ia melibatkan tiga fasa pembayaran iaitu RM500, RM500 dan RM300; warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM500 melibatkan dua fasa pembayaran (RM200 dan RM300).

 

Penerima golongan B40 pula, isi rumah dengan kelayakan bantuan sebanyak RM800 adalah melibatkan dua fasa pembayaran iaitu RM500 dan RM300 manakala warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM200 akan menerima sekali pembayaran.

See also  kabel internet TM putus، Zon utara terjejas

 

Seterusnya, bagi penerima M40, isi rumah dengan kelayakan bantuan RM250, warga emas sebatang kara dan individu bujang (RM100) juga menerima sekali pembayaran. – UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367238
Users Today : 2150
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11870
Users Last 30 days : 64217
Users This Month : 56256
Users This Year : 367237
Total Users : 367238
Views Today : 3212
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18108
Views Last 30 days : 99249
Views This Month : 87050
Views This Year : 566116
Total views : 566117
Who's Online : 34
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares