Tiada lagi makanan dihantar Mak Cik Saadiah

Tiada lagi makanan dihantar Mak Cik Saadiah

GERIK: Balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang mengayuh basikal hampir setiap hari selama 37 tahun, untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggal dunia di Hospital Gerik, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menjadi rutin bagi Saadiah, 84, menghantar makanan ke IPD Gerik sebagai mengenang arwah suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai itu.

Saadiah yang mesra dipanggil Mak Cik Saadiah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik jam 12.40 tengah hari semalam selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua.

See also  Peta Lokasi Tumpuan Warga Asing di Lembah Kelang

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik jam 5.30 petang semalam.

Anak bongsunya, Wan Jelani Alias, 51, berkata, biarpun bersedih, timbul sedikit perasaan berbesar hati apabila arwah ‘pergi’ dalam keadaan rakyat Malaysia masih menyambut Hari Kebangsaan.

“Pada kami, emak juga seorang wira kerana walaupun keadaan usia sebegitu, dia tetap sanggup kayuh basikal sejauh lima kilometer untuk menghantar makanan kepada anggota polis selepas kematian ayah.

“Sepanjang hayatnya, emak tidak pernah melupakan pengorbanan dan sejarah perjuangan arwah ayah. Dia adalah perwira sebenar di hati kami.

“Selain menzahirkan kasih sayang dan kesetiaan kepada arwah ayah, emak secara tidak langsung tunjukkan bahawa dia sangat menghargai petugas keselamatan, jadi sebab itu bila arwah ayah sudah meninggal pun dia masih menghantar makanan kepada polis di balai berkenaan,” katanya dihubungi, hari ini.

See also  'Police Station Mengkarak' sasaran lebih 70 komunisĀ 

Wan Jelani yang juga seorang pesara tentera berkata, Allahyarham ibunya banyak mendiamkan diri sejak disahkan menghidap angin ahmar kira-kira dua bulan lalu.

“Keadaan kesihatan emak mula merosot sejak bulan lalu selepas terjatuh di bilik mandi. Dia sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital dalam beberapa minggu yang lalu,” katanya.

Rutin Saadiah mengayuh basikal dari rumahnya di Kampung Padang, Kuala Kenderong ke IPD Gerik setiap hari bagi menghantar makanan kepada petugas di situ pernah tular.

See also  Tiger Snook ditahan cetus pergaduhan

Pada 2012, Saadiah berhenti sementara menghantar makanan selepas terjatuh basikal dan menyambung kembali aktiviti itu sejak Mei 2017 namun menggantikan makanan berbentuk nasi dan lauk pauk dengan gula-gula dan makanan ringan dengan membonceng motosikal ditunggang anaknya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiada lagi makanan dihantar Mak Cik Saadiah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378279
Users Today : 1874
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16418
Users Last 30 days : 61669
Users This Month : 5283
Users This Year : 378278
Total Users : 378279
Views Today : 2572
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24449
Views Last 30 days : 94701
Views This Month : 7737
Views This Year : 582431
Total views : 582432
Who's Online : 17
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares