VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah

[VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah

Pemandu Lori Positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

 

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang merempuh lima buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Ipoh petang tadi didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang selepas pemandu lori berusia 25 tahun itu gagal mengawal kenderaan.

 

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori warga tempatan tersebut telah memandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul sebelum gagal mengawal kenderaan dan merempuh laju lima kenderaan.

See also  Anggota polis minta sogokan disiasat

 

“Pemandu lori berkenaan telah merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda Hrv dan Peugeot 208.

 

“Pemandu yang memandu Myvi berwarna kuning berusia 45 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut, sementara pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan mereka telah mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

 

“Kita juga telah menahan pemandu lori berkenaan dan mendapati lelaki terbabit tidak berada dalam pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

See also  Tak dapat duit beli dadah, lelaki mengamuk dengan parang

 

“Pemandu lori berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah,” ujarnya.

 

 

 

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

See also  Video l✓✓ Lelaki merusuh cederakan jiran dan rosakkan harta benda

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124558
Users Today : 3981
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22230
Users Last 30 days : 69903
Users This Month : 18283
Users This Year : 124557
Total Users : 124558
Views Today : 6013
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33792
Views Last 30 days : 108496
Views This Month : 27905
Views This Year : 190295
Total views : 190296
Who's Online : 14
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares