VIDEO✓✓2 ditahan cuba curi tabung ekzos kenderaan

2 ditahan cuba curi tabung ekzos kenderaan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

AMPANG – Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes cubaan mencuri tabung ekzos kenderaan di kawasan parkir sebuah hotel di Ampang Jaya di sini semalam.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua suspek itu merupakan warga tempatan berusia 24 dan 25 tahun telah ditahan di sekitar Sungai Besi pada pukul 11 malam.

.

“Semakan mendapati, suspek berusia 24 tahun mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah curi manakala rakannya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

See also  7 maut, berpuluh-puluh cedera lori tangki meletup

.

“Kita juga telah merampas dua tabung ekzos, dua penyambung tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos, gergaji besi dan sebuah kereta jenis Proton Iriz,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

.

Mengulas lanjut, modus operandi suspek adalah memotong tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.

.

“Suspek telah mendedahkan mereka terlibat dengan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang. Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek bagi lain-lain kes.

See also  Wanita terkilan terima bungkusan koyak, telefon pintar dibeli secara ‘online’ untuk kegunaan PdPR anak lesap

.

“Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek akan dibuat selepas reman dilakukan hari ini di Mahkamah Ampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) dan 511 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 41 saat di media sosial yang memaparkan dua suspek cuba mencuri tabung ekzos kenderaan di kawasan parkir sebuah hotel di sini.

 

Selepas menyedari dirakam, salah seorang daripada suspek memberi alasan kononnya sedang membaik pulih kenderaan tersebut, sebelum mereka melarikan diri setelah menyedari aktiviti jenayah mereka dirakam oleh orang awam. – K! ONLINE

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF

See also  Dua dalang curi balak ditahan

8 September 2021, 10:44 am

Video/gambar: Media sosial

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO✓✓2 ditahan cuba curi tabung ekzos kenderaan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156087
Users Today : 877
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24482
Users Last 30 days : 79911
Users This Month : 49812
Users This Year : 156086
Total Users : 156087
Views Today : 1607
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37119
Views Last 30 days : 123161
Views This Month : 76438
Views This Year : 238828
Total views : 238829
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares