Video✓✓LELAKI TULAR HAYUN SABIT POSITIF DADAH

LELAKI TULAR HAYUN SABIT POSITIF DADAH

 

08-09-2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tangkap layar video lelaki memanjat kereta polis sambil mengayunkan sabit dan parang di Gopeng. Foto: Ihsan pembaca

GOPENG – Tindakan anggota bomba membuat semburan air ke arah lelaki yang bertindak agresif dengan menghayun galah sabit berjaya membantu pasukan polis menahan suspek di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi di hadapan Balai Polis Gopeng itu, semburan air dilakukan bagi meredakan tindakan lelaki yang turut memegang sebilah parang ketika berdiri di atas kereta peronda polis.

Kejadian itu turut dirakam oleh orang awam berhampiran sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Berdasarkan video tular tersebut, suspek yang terkena semburan air telah turun dari kenderaan sebelum berlaku pergelutan dan dia akhirnya ditahan anggota keselamatan yang bersedia di lokasi kejadian.

Menurut Datuk Mior Faridalathrash, sebelum kejadian suspek telah mengamuk dan merampas motosikal orang awam di kawasan Pasar Awam Lumba Kuda sebelum bertindak masuk ke Balai Polis Gopeng.

See also  Warga asing cuba rempuh polis ditahan

 

“Suspek telah memasuki kawasan Balai Polis Gopeng menaiki sebuah motosikal dengan membawa parang serta sabit dan kemudian melibas senjata tersebut di hadapan pintu masuk pejabat pertanyaan balai.

 

“Pegawai polis bertugas cuba menenangkan suspek dan menghubungi bantuan namun lelaki terbabit bertindak keluar dari kawasan balai namun berjaya disekat pihak polis di hadapan balai polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Datuk Mior Faridalathrash berkata, melihat situasi tersebut sebuah kereta peronda (MPV) Balai Polis Gopeng telah diletakkan tengah jalan untuk menghalang orang awam melalui kawasan itu.

 

Namun katanya, suspek bertindak memanjat bumbung MPV dan melibas parang serta sabit yang dibawa bagi mengelakkan ditahan polis.

See also  Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak Polis

Difahamkan, suspek turut merosakkan bonet kenderaan pasukan itu.

Ujar beliau, dengan bantuan pasukan bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Gopeng yang memancutkan air, suspek yang jatuh ke jalan akhirnya berjaya ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi.

 

Menurut Datuk Mior Faridalathrash, polis turut merampas sebilah sabit panjang, sebilah parang, sebuah motosikal dan empat bilah kunci.

 

Katanya, kes disiasat du bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 19767, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

 

 

 

Pagi tadi tular video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun sabit.

 

Tindakan lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar jeans itu dirakam orang awam di sekitar lokasi kejadian dan tular di laman sosial.

See also  Usahawan kosmetik ditahan terbabit penyeludupan dadah RM5 juta

 

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan lelaki terbabit berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah bersabit.

 

Menerusi video tersebut, beberapa anggota bomba dilihat membuat semburan air ke arah lelaki itu yang menyebabkan dia turun dari kenderaan sebelum berlaku pergelutan dan suspek akhirnya ditangkap.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓LELAKI TULAR HAYUN SABIT POSITIF DADAH " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146217
Users Today : 2666
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21523
Users Last 30 days : 77615
Users This Month : 39942
Users This Year : 146216
Total Users : 146217
Views Today : 3659
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32716
Views Last 30 days : 118932
Views This Month : 60846
Views This Year : 223236
Total views : 223237
Who's Online : 50
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares