Lelaki maut akibat parah di pergelangan tangan, tumbuk pintu cermin masjid

Lelaki maut akibat parah di pergelangan tangan, tumbuk pintu cermin masjid hari sebelumnya

Johor Bahru: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan, di rumah sewanya di Taman Scientex dekat sini pagi Ahad lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

See also  Terjun dari tingkat 18: Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu

 

“Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah.

 

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

 

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kakak lelaki itu memberitahu bahawa adiknya yang juga jurutera kimia sebuah syarikat, dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu, sejak kira-kira enam bulan.

See also  Perbuatan mengacah¬† tampar adalah jenayah

 

Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada kira-kira 7.35 pagi Ahad, dan mayat dirujuk ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk proses bedah siasat.

 

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri, dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut,” katanya.

See also  Lelaki ditahan bawa pisau dalam masjid, ganggu jemaah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki maut akibat parah di pergelangan tangan, tumbuk pintu cermin masjid " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156031
Users Today : 821
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24426
Users Last 30 days : 79855
Users This Month : 49756
Users This Year : 156030
Total Users : 156031
Views Today : 1398
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36910
Views Last 30 days : 122952
Views This Month : 76229
Views This Year : 238619
Total views : 238620
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares