Video✓✓Lamborghini hilang kawalan rempuh 3 kereta lainterbabit kemalangan

Lamborghini hilang kawalan rempuh beberapa buah  kereta lain

 

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dipandu seorang lelaki tempatan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang awal pagi tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

See also  Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala dipukul suami pelanggan

 

“Siasatan awal mendapati, kereta mewah jenis Lamborghini yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah KLIA.

 

“Lelaki terbabit telah gagal mengawal kenderaan dan telah melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun, menyebabkan kenderaannya terbalik.

 

“Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya. Antara kenderaan terlibat ialah Mazda, Nissan Serena, Ford Ranger,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

See also  Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang

 

Mengulas lanjut, siasatan akan diteruskan sekiranya terdapat kenderaan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan.

 

“Kita juga telah menjalankan ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut dan keputusan adalah negatif.

 

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain,” jelasnya. – K! ONLINE

See also  {VIDEO} Aksi cemas Pemandu Alza lari dan Rempuh anggota PDRM
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Lamborghini hilang kawalan rempuh 3 kereta lainterbabit kemalangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146593
Users Today : 3042
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21899
Users Last 30 days : 77991
Users This Month : 40318
Users This Year : 146592
Total Users : 146593
Views Today : 4272
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33329
Views Last 30 days : 119545
Views This Month : 61459
Views This Year : 223849
Total views : 223850
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares