Video✓✓PDRM kesan kanak-kanak perempuan mangsa dera

PDRM kesan kanak-kanak perempuan mangsa dera

 

P/s: Mohon lapor pihak PDRM,sekiranya terjumpa kanak² tersebut..

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapanya di sekitar kawasan Chow Kit di sini hari ini.

 

Difahamkan, kanak-kanak malang tersebut dipercayai telah dilarikan bapanya ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendak menemu bual mangsa.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa pada Sabtu lalu.

 

“Pengadu merupakan seorang pegawai JKM yang mendapat maklumat daripada orang awam. Berdasarkan laporan, mangsa bersama neneknya didapati merayau di kawasan Chow Kit untuk mengemis.

See also  Jika begini caranya tak perlu jadi manusia pun

 

“Pegawai JKM terbabit telah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa namun telah dibawa lari oleh seorang lelaki dipercayai bapa mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut, JKM telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan berada di jalanan atau mana-mana premis bagi tujuan mengemis atau meminta sedekah.

 

“Polis juga sedang mengesan mangsa termasuk lelaki dipercayai bapanya dan neneknya untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

 

Terdahulu, tular di media sosial Facebook yang mendakwa seorang lelaki telah melakukan penderaan di kawasan sekitar Chow Kit pada Jumaat lalu.

 

See also  Pelajar Tingkatan Dua terima penghargaan PDRM

Menurut kenyataan yang dimuat naik seorang wanita di Facebook berkenaan, bapa mangsa merupakan seorang penagih dadah yang kematian isteri.

 

“Kanak-kanak perempuan tersebut berada dalam keadaan kusut masai dan air mata berjurai-jurai, di bawah matanya membengkak serta membiru ketika kanak-kanak itu menerpa ke arah saya dalam keadaan ketakutan.

 

“Bapa mangsa turut meletakkan harga RM6,000 untuk membayar harga kanak-kanak malang tersebut sebaik saya meminta untuk menyerahkannya,” jelasnya.

 

Tambah wanita tersebut, dia telah melaporkan kepada polis dan kereta peronda polis (MPV) dari Dang Wangi telah tiba di lokasi kejadian.

 

“Lelaki terbabit telah disoal siasat dan ketika itu kanak-kanak tersebut sedang memeluk erat serta memberitahu tidak mahu mengikuti lelaki berkenaan.

See also  Kereta 'auto-lock', kanak-kanak terperangkap setengah jam dalam kereta

 

“Polis juga telah meminta saya untuk menjaga kanak-kanak itu untuk sementara waktu. Namun, ketika kanak-kanak perempuan itu sedang memeluk erat, lelaki tersebut telah merentap dengan kasar dan memarahi kanak-kanak tersebut.

 

“Kanak-kanak tersebut terpaksa mengikuti lelaki terbabit dalam keadaan tidak rela,” ujarnya.

 

KOSMO ONLINE

06.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓PDRM kesan kanak-kanak perempuan mangsa dera " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370384
Users Today : 2147
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14565
Users Last 30 days : 65790
Users This Month : 59402
Users This Year : 370383
Total Users : 370384
Views Today : 2972
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21742
Views Last 30 days : 101352
Views This Month : 91519
Views This Year : 570585
Total views : 570586
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares