Yang pulang hanya jenazah – Kakak

Yang pulang hanya jenazah – Kakak

HULU TERENGGANU – Seorang jurutera kimia yang ditemui meninggal dunia selepas merosakkan pintu masjid di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu mahu pulang ke kampung di Terengganu untuk menziarahi bapanya yang tidak sihat selepas enam bulan tidak berbuat demikian.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Arwah Mohd. Sufian Mohd. Said, 28, membuat permohonan untuk merentas negeri sehari sebelumnya, namun ditolak oleh pihak berkuasa kerana dokumen berkaitan tidak mencukupi.

 

Kakak arwah, Siti Ayu Megawati Mohd. Said, 33, berkata, adiknya yang juga anak lelaki tunggal itu mahu pulang ke kampung di Kuala Berang untuk menjenguk bapa mereka yang kerap diserang asma dan sakit belakang sejak kebelakangan ini.

 

“Biarpun berjauhan, kami kerap berhubung melalui panggilan video dan kali terakhir pada Jumaat lalu. Dia beritahu nak balik kampung walaupun terpaksa berhenti kerja lepas tahu kesihatan ayah semakin merosot.

See also  IDENTITI DIGUNAKAN SCAMMER?

“Pada hari kejadian, dia pergi ke masjid untuk berjumpa imam bagi membantunya dalam urusan permohonan rentas negeri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah keluarganya semalam.

 

Menurut Mas Ayu, dia dimaklumkan arwah sempat bertemu imam masjid sebelum diminta datang semula pada pagi Ahad.

 

“Entah kenapa adik bongsu saya pergi semula ke masjid pada malam itu. Mungkin dia sangka imam berada di dalam biliknya (di masjid),” katanya.

 

ALLAHYARHAM MOHD. SUFIAN

 

Cerita wanita itu, setelah permohonan rentas negeri ditolak, dia yang tinggal di Johor Bahru berjanji membantu adiknya dan pulang ke kampung bersama-sama pada Ahad lalu, namun tidak menyangka Mohd. Sufian pulang sebagai jenazah.

See also  Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis

 

“Arwah memang rapat dengan kami. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, dia pulang ke kampung setiap bulan.

 

“Kami sekeluarga agak terkejut kerana arwah bukan mudah putus asa, malah kerap nasihat kami supaya sentiasa sabar hadapi dugaan hidup,” katanya.

 

Sementara itu, di Johor Bahru, arwah Mohd. Sufian sempat berpesan kepada imam Masjid Taman Scientex, Pasir Gudang supaya menghantar jenazahnya ke kampung di Kuala Berang sekiranya dia meninggal dunia.

 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya dimaklumkan kekematian mangsa pukul 7.35 pagi, Ahad lalu di rumah sewa lelaki itu di Taman Scientex di sini.

See also  [Video]Apa guna lantik profesional jika gagal tangani masalah pembinaan

 

“Rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan lelaki itu menumbuk pintu masjid dua kali hingga pecah,” katanya.

 

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan pada pergelangan tangan kanan dan urat tendonnya terputus. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Yang pulang hanya jenazah – Kakak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156156
Users Today : 946
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24551
Users Last 30 days : 79980
Users This Month : 49881
Users This Year : 156155
Total Users : 156156
Views Today : 1717
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37229
Views Last 30 days : 123271
Views This Month : 76548
Views This Year : 238938
Total views : 238939
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares