Lelaki maut ditembak selepas disangka kera

Lelaki maut ditembak selepas disangka kera

Miri: Disangka kera, seorang lelaki maut ditembak ketika memanjat pokok buah tarap setinggi 10 meter di Kampung Kejapil Bekenu, di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam, menyebabkan mangsa, Mohamad Hallim Jamee, 32, tersangkut di atas pokok dan terpaksa dibawa turun oleh pasukan penyelamat.

 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, mangsa meninggal dunia serta-merta selepas ditembak lelaki berusia 70 tahun yang berasal dari kampung sama yang menyangkanya kera.

See also  Di mana Che Som?

 

Katanya, pihaknya meminta bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah untuk khidmat khas menurunkan mangsa.

 

“Pasukan bomba menggunakan tali khas berjaya membawa turun mangsa pada jam 4.40 petang dan kita menahan suspek untuk membantu siasatan.

See also  Didenda RM8,000 sembur cat pada kera

 

“Anggota turut merampas selaras senapang patah dan 13 butir peluru hidup dipercayai digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Miri untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

 

See also  Lima beranak merempat, ditipu majikan

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki maut ditembak selepas disangka kera " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1409
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36921
Views Last 30 days : 122963
Views This Month : 76240
Views This Year : 238630
Total views : 238631
Who's Online : 6
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares