Maritim bantu pindahkan kapten kapal kargo diserang angin ahmar

Maritim bantu pindahkan kapten kapal kargo diserang angin ahmar

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mangsa yang mengalami serangan angin ahmar dipindahkan daripada kapal kargo untuk dihantar ke HSNZ di Kuala Terengganu. – Foto Ihsan Maritim Malaysia Terengganu

 

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu mengaktifkan misi evakuasi perubatan (Medevac) bagi membantu membawa seorang kapten kapal kargo yang diserang angin ahmar pada Jumaat.

 

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, dalam kejadian awal pagi itu, kapal kargo Dongbang Giant 3 yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Thailand.

See also  10 Agensi Kerajaan cemerlang 100%

 

“Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan Pusat menerima laporan awal bahawa kapten kapal berkenaan dipercayai mengalami serangan angin ahmar.

 

“Maklumat itu kemudiannya disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu sebelum Kapal Maritim (KM) NUSA yang sedang beroperasi segera ke lokasi kecemasan sekitar jam 12 tengah malam tadi,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

See also  Kanak-kanak 10 tahun cedera jatuh tingkat empat

 

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga Korea Selatan berusia lingkungan 68 tahun dipindahkan dari kapal berkenaan sebelum dibawa ke jeti Maritim Terengganu untuk mendapatkan bantuan perubatan.

 

“Mangsa selamat tiba di jeti dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira jam 2 pagi,” katanya.

 

Sementara itu, beliau mengingatkan orang awam supaya melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09 6224357.

See also  Sejarah tercipta! Wanita berdarah kacukan Malaysia-Vietnam bergelar Datuk Bandar termuda di California
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Maritim bantu pindahkan kapten kapal kargo diserang angin ahmar " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372044
Users Today : 659
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15356
Users Last 30 days : 64479
Users This Month : 61062
Users This Year : 372043
Total Users : 372044
Views Today : 975
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23001
Views Last 30 days : 99327
Views This Month : 94113
Views This Year : 573179
Total views : 573180
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares