Dua penunggang motosikal maut akibat kereta pusingan U mengejut

Dua penunggang maut

JELI: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Wakaf Zink di sini, pagi tadi, selepas merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dua mangsa yang menunggang motosikal itu menyertai konvoi ke tempat riadah di Kuala Krai.

 

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, berkata mangsa yang berusia 17 dan 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

See also  {{Video}}Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE

 

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.11 pagi.

 

“Kemalangan berlaku ketika pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke arah Jeli, membuat pusingan ‘U’ secara mengejut dan dilanggar oleh tiga penunggang motosikal dari arah sama.

 

“Dua penunggang motosikal meninggal, manakala seorang lagi mangsa yang juga berusia 17 tahun cedera parah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

See also  Pemandu lari tinggal kelindan tersepit dalam lori

 

Ahmad berkata, pemandu kereta yang berusia 36 tahun dari Gua Musang tidak cedera, manakala dua manga yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.

 

Seorang lagi mangsa yang cedera parah turut dirujuk ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

See also  Video©Langgar kanak-kanak turun dari van, SOP Pemandu mesti ditambah baik
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua penunggang motosikal maut akibat kereta pusingan U mengejut " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124390
Users Today : 3813
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22062
Users Last 30 days : 69735
Users This Month : 18115
Users This Year : 124389
Total Users : 124390
Views Today : 5738
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33517
Views Last 30 days : 108221
Views This Month : 27630
Views This Year : 190020
Total views : 190021
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares