Lebih RM4,000 lesap, guna nombor KP sebagai kata laluan

Lebih RM4,000 lesap, guna nombor KP sebagai kata laluan

10/9/2021

PETALING JAYA – Seorang wanita berputih mata apabila dompet yang dipercayai ditinggalkan dalam raga motosikal dikebas individu tidak bertangungjawab, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nor Ahida Ishak menerusi hantaran di kumpulan Facebook Pantai Dalam Community berkata, dia langsung tidak menyedari kehilangan dompetnya sejak pagi tadi.

 

“Silap saya guna kata laluan guna nombor kad pengenalan. Saya minta tolonglah pulangkan dokumen penting yang terdapat dalam beg berkenaan,” katanya dalam hantaran tersebut.

See also  Laporkan sebarang Aktiviti PATI hotline +6011-62511223

 

Nor Ahida ketika dihubungi Kosmo! berkata, terdapat beberapa transaksi pengeluaran lebih RM4,000 ketika dia berhasrat melakukan pemindahan wang ke dalam akaun bank miliknya petang ini.

 

“Kejadian pagi tadi tetapi saya baru sedar petang ini. Tengok baki cuma tinggal RM12. Bila semak akaun bank lain semuanya sudah ada rekod pengeluaran duit.

 

“Saya sudah telefon semua bank untuk sekat kad tersebut. Tetapi sudah terlambat. Sedih sungguh sebab susah hendak kumpul duit sebanyak itu.

 

See also  Warga Emas 30 tahun tanpa mykad tinggal dalam pondok dalam hutan

“Kebanyakannya duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Saya harap sangat kad-kad dalam beg itu dikembalikan. Bukan senang hendak buat dokumen baharu pada masa sekarang,” ujar pekerja swasta yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan itu.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Nor Ahida di talian 013-272 2048. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lebih RM4,000 lesap, guna nombor KP sebagai kata laluan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1125
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35538
Views Last 30 days : 121475
Views This Month : 77676
Views This Year : 240066
Total views : 240067
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares