Perkataan Puan jadi ‘trending’ akibat teguran doktor

Perkataan Puan jadi ‘trending’ akibat teguran doktor

PETALING JAYA – Tindakan seorang doktor menegur suami kepada pesakitnya yang memanggil dirinya dengan panggilan Puan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna Twitter sejak semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Melalui perkongsian doktor wanita itu di laman Twitternya semalam, dia berkata, panggilan doktor adalah lebih sesuai dengan tugasnya tanpa perlu menyentuh status perkahwinan.

 

“Hari ini ada suami pesakit memanggil saya dengan panggilan Puan. Saya senyum dan betulkan dia “Doktor ya Encik”, kemudian dia berkata “Oh bukan panggilan Puan lagi penting ke?”, saya maklumkan padanya mana lebih penting, kalau saya dah kahwin atau saya layak jadi orang yang rawat isteri Encik?

 

“Saya cuma mahu bagitahu, saya tidak terasa hati jika seseorang tidak memanggil saya doktor semasa sedang bekerja. Malah saya dan pesakit akan bergurau mengenainya. Tetapi ya, kita harus hilangkan tanggapan bahawa nilai seseorang wanita terikat dengan status perkahwinannya,” ciapnya.

See also  Video@kes naya dengan Selamba mencuri barang Raider J&T

 

Tinjauan di ruang komen mendapati, perkongsian tersebut mengundang pelbagai pendapat daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap panggilan Puan adalah satu panggilan formal dan tidak melambangkan status perkahwinan seseorang semata-mata.

 

“Saya setuju pesakit wajar menggunakan panggilan doktor kerana itu adalah gelaran profesional sama seperti panggilan ‘Prof’ dan sebagainya. Tetapi, saya tidak rasa orang memanggil anda Puan, mempunyai kaitan dengan status perkahwinan kerana itu adalah gelaran formal untuk Pegawai,” kata Farah.

See also  [Video]Maki hamun Penguatkuasa kerana kompaun parkir OKU

 

“Saya faham maksud doktor ini, dia bukanlah kemaruk mahu digelar doktor. Saya rasa dia mahu sampaikan bahawa panggilan untuk wanita tidak sepatutnya terikat dengan status perkahwinan. Dia merawat isteri awak, awak pula jelas-jelas berada di hospital, panggil lah doktor,” kata Daniel.

 

Susulan ciapan tersebut, perkataan Puan juga menjadi sohor kini di laman Twitter dengan lebih 28,000 penggunaan perkataan itu diciap oleh pengguna Twitter.

 

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, doktor tersebut mengakui kesilapannya yang menyatakan panggilan Puan hanya untuk wanita yang sudah berkahwin tetapi dia menegaskan perbualan dengan suami pesakit itu hanyalah pertukaran pendapat yang ringan sahaja dan tidak melambangkan keperibadiannya sebagai seorang doktor. – K! ONLINE

See also  PENGKHIANAT NEGARA

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perkataan Puan jadi 'trending' akibat teguran doktor " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372037
Users Today : 652
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15349
Users Last 30 days : 64472
Users This Month : 61055
Users This Year : 372036
Total Users : 372037
Views Today : 967
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22993
Views Last 30 days : 99319
Views This Month : 94105
Views This Year : 573171
Total views : 573172
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares