Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

 

Gombak: Sebuah kedai emas di Simpang Tiga, Batu 6 di sini, disamun tiga lelaki bertopi keledar yang membawa lari barangan kemas bernilai RM200,000 semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang daripada orang awam.

 

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, wanita Indonesia yang juga pemastautin tetap berusia 46 tahun ketika berada di kedai emas bersama ibu, anak dan adik ipar didatangi tiga lelaki menyerbu ke dalam premis.

See also  Pahang arah henti lombong emas di Kechau

 

“Dua suspek masuk ke bahagian rak pameran barang kemas dan mengambil pelbagai jenis barang kemas.

 

“Manakala seorang lagi suspek menunggu di pintu masuk utama sambil memegang sebilah parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Zainal Mohamed berkata, ketika kejadian, salah seorang suspek menumbuk bahagian muka pemilik premis sehingga dia mengalami kecederaan di muka.

 

“Suspek membawa lari pelbagai jenis barang kemas dengan anggaran kerugian lebih kurang RM200,000.

 

“Ketiga-tiga suspek masing-masing memakai topi keledar berwarna hitam, merah dan biru melarikan diri dengan menggunakan dua motosikal Yamaha Y15,” katanya.

See also  Peragut diburu polis

 

Beliau berkata, suspek menutup muka dengan cara memakai topi keledar bervisor gelap.

“Usaha mengesan suspek telah digerakkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.

 

Katanya, maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Agilan Iswaran di 03-61262222 / 019-5230801.

See also  Bahana guna duit ‘terpijak’

 

Disiarkan pada: September 9, 2021 @ 6:35pm

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my

Video media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376375
Users Today : 1909
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16475
Users Last 30 days : 61864
Users This Month : 3379
Users This Year : 376374
Total Users : 376375
Views Today : 2842
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24843
Views Last 30 days : 95472
Views This Month : 5119
Views This Year : 579814
Total views : 579815
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares