Bateri cepat habis, rosak? Ini antara kesalahan semasa mengecas telefon

Bateri cepat habis, rosak? Ini antara kesalahan semasa mengecas telefon

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ada beberapa kesalahan mungkin kita tidak sedar yang menjadi punca kepada telefon cepat rosak selain memberi kesan kepada ketahanan bateri. -Gambar hiasan

 

TELEFON cepat rosak bukan hanya kerana masalah skrin, jatuh atau pecah. Tapi mungkin juga disebabkan oleh bateri yang cepat habis.

 

Ada juga yang terlalu kerap bermain games melalui telefon pintar, menonton YouTube dan sebagainya sehingga terpaksa berulang kali mengecas telefon kerana kehabisan bateri.

 

Namun ada beberapa kesalahan yang mungkin kita tidak sedar yang menjadi punca kepada telefon cepat rosak selain memberi kesan kepada ketahanan bateri telefon itu sendiri.

 

Jom, kita periksa apa yang menjadi puncanya.

 

Telefon cepat rosak? Ini puncanya:

 

1. Guna Pengecas Sembarangan

 

Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ia tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas.

See also  Rejim data kawalan kuota menekan pengguna secara zalim

 

Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat.

 

Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.

 

2. Terlalu bergantung kepada ‘power bank’

 

Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki ‘power bank’ masing-masing.

 

‘Power bank’ dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada.

 

Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon, pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.

 

Alasannya, ‘power bank’ yang mudah alih atau ‘portable’ lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung.

 

Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.

See also  Chevrolet jual enjin 10,350cc, 1000hp na, 1188nm tork. Cukai jalan kental! ! !

 

3. Mengisi bateri lebih lama dari waktu yang diperlukan

 

Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasaan ini!

 

Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.

 

Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus.

 

Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.

 

4. Tidak segera mengecas telefon

 

Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya.

See also  Bapa berjalan kaki gendong jenazah bayi perempuan pulang ke rumah

 

Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.

 

Kesannya, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya.

 

Jadi, disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.

 

Sumber: dnews

 

*Artikel asal di Mingguan Wanita

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bateri cepat habis, rosak? Ini antara kesalahan semasa mengecas telefon " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367395
Users Today : 2307
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12027
Users Last 30 days : 64374
Users This Month : 56413
Users This Year : 367394
Total Users : 367395
Views Today : 3444
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18340
Views Last 30 days : 99481
Views This Month : 87282
Views This Year : 566348
Total views : 566349
Who's Online : 20
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares