“VIDEO”Dua maut dilanggar pikap lawan arus

Dua maut dilanggar pikap lawan arus

SHAH ALAM: Dua maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

 

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya dihubungi pada jam 1.51 pagi dan tiba di lokasi kejadian,1.58 pagi.

 

“Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback.

See also  Video@Warga Emas mengaku tak perasan pandu lawan arus.

 

“Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira Aeroback, seorang perempuan yang juga pemandu bersama seorang penumpang lelaki di bahagian hadapan tersepit.

 

“Bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

 

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada BH, hari ini.

 

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

See also  Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

 

“Berdasarkan maklumat, mangsa maut, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang.

 

“Pemandu Mitsubishi Triton berusia 24 tahun tidak mengalami secara kecederaan,” katanya.

 

Beliau berkata, operasi menyelamat membabitkan sepasukan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, diketuai Komander Operasi Kanan, Kamarul Zaman Abd Rani.

See also  Video@Kereta langgar tembok elak van lawan arus di Jambatan Pulau Pinang

 

Berita berkaitan:

 

Nahas 2 maut: Lelaki pandu lawan arus positif ganja

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " "VIDEO"Dua maut dilanggar pikap lawan arus " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385639
Users Today : 1717
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17402
Users Last 30 days : 60955
Users This Month : 12643
Users This Year : 385638
Total Users : 385639
Views Today : 2631
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25797
Views Last 30 days : 92930
Views This Month : 18716
Views This Year : 593410
Total views : 593411
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares