Kren tapak pembinaan tumbang
GEORGE TOWN – Struktur kren di tapak pembinaan sebuah hospital swasta di Jalan Masjid Negeri di sini tumbang semalam dengan sebahagiannya menimpa laluan pejalan kaki berhampiran tapak projek berkenaan.


Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku kerosakan di laluan pejalan kaki yang ditimpa sebahagian daripada kren yang tumbang berkenaan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ar. Yew Tung Seang berkata, pihaknya telah mengarahkan perunding projek itu untuk menyerahkan laporan mengenai kejadian tersebut.
“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Oleh SAFINA RAMLI
11 September 2021, 12:14 pm
Gambar media sosial
Sumber: Kosmo
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kren tapak pembinaan tumbang " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.