Video✓✓Dua Suspek bakar Pondok Polis sudah dicekup

KOTA BHARU – Sebuah pondok polis di Pasar Jelawat di Bachok dibakar oleh seorang lelaki bermotosikal pada awal pagi Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

 

“Selang beberapa jam selepas kejadian tersebut, kami menahan dua suspek lelaki berusia 24 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.

 

“Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan hadapan lokasi kejadian yang merakam perbuatan khianat itu. Pada jam 3.12 pagi tadi, Balai Polis Bachok menerima laporan bahawa seorang lelaki bermotosikal membaling satu objek ke sebuah pondok polis di Jelawat hingga terbakar.

See also  Dua Myanmar ditangkap bunuh hidupan liar Malaysia

 

“Siasatan di tempat kejadian turut menjumpai satu objek plastik berisi sisa petrol,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Kelantan antara Senior Asistan Komisioner Abdullah Mohammed Piah yang bersara dan digantikan dengan Datuk Muhamad Zaki Harun, pada Ahad.

See also  Saat pilu petugas di SJR terpaksa berpisah dengan 'Si Kilat'

 

Kata Shafien, motif suspek membakar pondok polis berkenaan masih dalam siasatan manakala ujian urin suspek yang berusia 35 tahun didapati positif dadah jenis metamphetamine.

 

“Kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan direman enam hari berkuatkuasa hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

Pada Ahad, tular rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal ke pondok polis di Pasar Jelawat itu dan membakarnya.

See also  Polis kesan lelaki cabul wanita di kedai vape

 

Sumber: sinar harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Dua Suspek bakar Pondok Polis sudah dicekup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133160
Users Today : 1555
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20472
Users Last 30 days : 69175
Users This Month : 26885
Users This Year : 133159
Total Users : 133160
Views Today : 2469
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31812
Views Last 30 days : 108154
Views This Month : 41788
Views This Year : 204178
Total views : 204179
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares