Video✓✓Nahas 2 maut: Lelaki pandu Triton lawan arus positif ganja

Nahas 2 maut: Lelaki pandu Triton lawan arus positif ganja

 

 

PEMANDU LAWAN ARUS HINGGA DUA MAUT DISAHKAN POSITIF DADAH

 

Shah Alam: 12/9/2021

Pemandu pacuan empat roda yang melawan arus sehingga menyebabkan dua maut di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.30 pagi tadi, disahkan positif dadah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil saringan awal ujian urin ke atas pemandu yang berusia 24 tahun itu mendapati suspek positif ganja.

See also  Mahkamah Rayuan Singapura tolak rayuan rakyat Malaysia atas kesalahan menyeludup dadah ke Singapura

 

“Suspek dibawa polis dari tempat kejadian ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut, kemudian dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

“Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan reman ke atas suspek selama enam hari bermula hari ini sehingga 17 September ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu suspek secara melawan arus itu datang dari Kuala Lumpur ke Klang sebelum bertembung Proton Wira dari Klang ke Kuala Lumpur.

 

“Dua mangsa yang maut ialah pemandu wanita berumur 18 tahun dan penumpang lelaki berumur 19 tahun.

See also  Dua penunggang motosikal maut akibat kereta pusingan U mengejut

 

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

 

“Setakat ini, kemungkinan mangsa adalah rakan kerana waris juga tidak dapat beri pengesahan. “Kedua-dua mangsa dari arah Klang dan polis tidak pasti ke mana tujuan mangsa,” katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.

“Saksi yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 01131215697,” katanya.

See also  Geng peragut barang kemas RM50,000 menyamar rider hantar makanan tumpas

 

▶️HARIAN METRO

12.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Nahas 2 maut: Lelaki pandu Triton lawan arus positif ganja " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124452
Users Today : 3875
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22124
Users Last 30 days : 69797
Users This Month : 18177
Users This Year : 124451
Total Users : 124452
Views Today : 5848
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33627
Views Last 30 days : 108331
Views This Month : 27740
Views This Year : 190130
Total views : 190131
Who's Online : 13
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares