Gempar buaya naik ke darat

Gempar buaya naik ke darat

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Buaya yang dikesan penduduk naik ke terusan berhampiran Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau pada Isnin. -Foto: Ihsan pembaca

Buaya yang dikesan penduduk naik ke terusan berhampiran Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau pada Isnin. -Foto: Ihsan pembaca

 

PARIT BUNTAR – Penduduk Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau di sini gempar apabila seekor buaya naik ke darat dalam kejadian pada Isnin.

 

Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di tepi terusan tersebut sebelum tular di laman sosial.

See also  BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR-Warga Thai ditahan

 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pasukannya telah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan tersebut.

 

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kehadiran buaya tersebut dan usaha menjejakinya tidak berjaya.

“Buaya itu mungkin sudah masuk semula ke Sungai Kurau.

See also  [VIDEO]Pesta buang kucing setiap kali musim raya

 

“Hujan lebat pada awal pagi menyebabkan paras air naik dipercayai menjadi punca buaya tersebut naik ke terusan kampung berkenaan,” katanya pada Isnin.

 

Menurut Perhilitan Perak, pihaknya sudah meletakkan papan tanda amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

 

Katanya, orang ramai diminta untuk menghubungi Perhilitan dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan terbabit.

See also  {Videoo} Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Gempar buaya naik ke darat " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139592
Users Today : 768
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21721
Users Last 30 days : 74248
Users This Month : 33317
Users This Year : 139591
Total Users : 139592
Views Today : 1048
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33696
Views Last 30 days : 114863
Views This Month : 51438
Views This Year : 213828
Total views : 213829
Who's Online : 38
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares